Selamat Kembali Bertugas


Salam 1 Malaysia dan salam Aidilfitri kepada semua warga SKPB.Harapan kepada semua agar membawa satu era dan azam baru selepas dari bercuti raya ini.Mana-mana yang nak pindah itu sabar-sabar dulu,kalau boleh tinggalkanlah sekolah semasa sekolah itu mencapai kecemerlangan bukan keruntuhan dan perpecahan.
Buat tatapan mana-mana pemblog,jangan terkejut kerana blog ini memang bersifat macam-macam itu terpulang dalam penilaian diri masing-masing.Apa yang penting jangan sesuatu kritikan itu menyebabkankan diri kita terus lemah dalam mencapai kemajuan sains dan komunikasi global.Kalau boleh jadikan itu sesuatu yang mendorong kita menjadi insan yang berjaya.
Sebagai individu yang prihatin dan bertanggungjawab di hari yang mulia ini menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas segala yang terkasar bahasa,tersentuh perasaan,tersakit jiwa sama ada secara tidak sengaja atau sengaja.Maklumlah kita insan biasa tidak lepas dan selalu terlepas melakukan kesilapan.
Harapan agar kita semua sentiasa terus bersembang-sembang dalam BloG ini.BloG ini sentiasa menerima apa saja kritikan,pandangan,nasihat,benderakah,umpatankah dan sebagainya.
Mulakan satu era baru....tq

0 ulasan:

Golf Group Sandakan