Runggutan Seorang Kawan

Baru-baru ini aku telah berjumpa dengan seorang kawan di bandar.Beliau ini merupakan seorang kawan yang memang rajin dan berkomitmen tinggi kepada sekolah.Semua orang tahu termasuk aku sendiri.Sama-sama mengikuti PJJ OUM dalam jurusan Sain Sukan.Setelah tidak mendapat surat kebenaran dari kementerian maka kami pun menangguh kursus.Kos beliau hampir RM11 ribu ringgit.
Beliau juga ada memohon KDP 14 minggu tapi tak berjaya.Setelah menghubungi pihak atasan punca tak berjaya beliau amat bersedih kerana alasan yang diberikan olah pihak tertentu tak munasabah langsung sebab markah beliau tidak mencapai 85 % keatas.Sedangkan markah yang telah dipilih semuanya 90% ke atas iaitu guru-guru yang mengajar di pedalaman.
Persoalannya dari hasil kerja mereka tak lah seberapa jika dibandingkan dengan guru-guru di luar bandar.Ada guru yang dipilih itu pun tak pernah buat buku rekod sehingga bertahun-tahun,tak masuk sekolah sampai berbulan-bulan.Mengajar tak mengajar mereka ikut suka hati ja di orang mengajar.Itu pun dapat markah tinggi dari guru besar mereka.Beliau betul-betul tidak berpuas hati tentang ini.Malang betul guru yang mengajar di luar bandar ini.Sudahlah hari-hari dipantau,bebanan kerja yang teruk,masa pun padat tapi tidak berpeluang mengikuti PJJ anjuran kementerian.
Adakah ini adil kata beliau.Aku setia mendengar luahan perasan beliau.to be continue

0 ulasan:

Golf Group Sandakan