Di Mana Silapnya?

Selama 2 tahun di sekolah seorang pun guru lelaki tidak mendapat keistimewaan calon cemerlang.Markah prestasi setakat cukup-cukup sahaja.Bukan tidak kerja,kerja juga mengajar seperti biasa,penglibatan aktiviti sekolah tak payah cakaplah serta buku rekod mengajar pun setiap minggu dihantar juga.Memang lelaki saja yang buat kalau tak ada guru lelaki program tak jalan.Lebih-lebih lagi guru lelaki semakin pupus balik-balik muka sama saja.
Tak tahu apa masalahnya sehingga malang sedemikian rupa.Kalau tak dapat cemerlang pun tapi biarlah markah prestasi itu melebihi 85 % ke atas.Sekurang-kurangnya berpeluang atau layak memasuki PJJ anjuran kementerian seperti KDP,PGSR dan lain-lain.Ini tidak sudak jatuh ditimpa tangga dan dibirak tahi lagi.Ada kawan itu tak buat apa-apa pun dapat markah 90 %,kerja goyang kaki saja dan duduk-duduk di meja saja.

2 ulasan:

Anonymous said...

kita memang jadi mangsa keadaan bkn sebab kita lemah tapi kerana banyak virus yang lebih bijak mengampu dari bekerja kerana matlamat mereka ialah imbuhan sesegera yang mungkin tapi kita meskipun selama ini buat kerja atas dasar tanggungjawab dan ikhlas namun kadangkala terdetik juga mahu ganjaran yang setimpal apatah lagi jika dibanding-banding dengan mereka yang tak buat apa-apa atau ciplak kerja orang tapi dpt anugerah cmrlg

Mr Blog said...

betul tu kawang

Golf Group Sandakan