Menang Bergaya..


Satu keputusan diluar jangka apabila pasukan bola IPD Beluran dibelasah teruk 5-1 oleh pasukan bola SKPB FC.Antara penjaring pasukan SKPB FC ialah 12thn strika sebanyak 2 gol minit 20&minit 69,maman (tiada dalam gambar) 1 gol minit 31,nardi 1 gol minit 50,dan marof(tiada dalam gambar)1 gol minit 35.Manakala 1 gol oleh Hafiz dari IPD beluran.Tapi itu pun dikasih can saja.
Kemenangan itu satu lagi kemunculan sang singa SKPB FC yang akan membaham mana-mana team bola di Daerah Beluran.Walau bagaimana pun pengurus pasukan agak bimbang juga kerana ada di antara pemain SKPB FC pandai menjaring di gol sendiri.Harap-harap di perlawanan akan datang ini tidak akan berlaku.Walaupun last defand tidak menjaring namun dapat mengawal pergerakan pihak lawan dengan kemas.

Bila Akan Siap



Pembangunan yang sudah hampir 3 tahun masih belum ada menunjukkan akan siap terbina.Kemungkinan ramai guru yang tidak sempat untuk merasai bangunan baru.Oleh itu,besarlah harapan SKPB agar pembangunan ini lancar dan siap sepenuhnya.Sekurang-kurangnya kantin siap pada tahun ini juga.

Jom Memancing Udang


Kepada kawan-kawan jom mari kita ramai-ramai memancing udang.Tiada bayaran,sediakan joran saja.Kompom dapat udang...umpan cacing.

Tempat memancing : Ladang Sawit di Kg Muanad 1

Selain dari udang,ikan baung dan utik pun ada juga.

Bagai Aur Dengan Tebing


Kenapa UPSR 2009 menurun?

Siapa yang bertanggungjawab keputusan UPSR 2009 jatuh?

Adakah guru-guru SKPB telah dibuai oleh mimpi yang indah sehingga UPSR 2009 jatuh?

Adakah beban kerja di SKPB terlalu berat?

Mungkinkah guru-guru SKPB ini bosan sehingga mod kerja hilang disebabkan pertukaran GB?

Tiada motivasi di SKPB?

Saling menyalahkan antara satu sama lain.....

aaaaaahhhhhh....GB tidak memberikan komitmen,

aaaaaahhhhhh....Guru-Guru Tahun Enam tidak pandai mengajar...malas,

aaaaaahhhhhh....peduli sama di orang pandai-pandailah mereka dengan anak mereka..

aaaaaahhhhhh....Ada c polan biarlah dia saja yang kerja...,

aaaaaahhhhhh....padan muka mereka...itulah kita tidak diberi peluang,

aaaaaahhhhhh....Yang penting kerja seperti biasa...

Persoalanya?

Sejauh mana diri kita dalam membantu murid meningkatkan kualiti pembelajaran mereka.

Sejauh mana sumbangan kita terhadap perlaksanaan peningkatan UPSR sekolah.

Kenapa mesti di peringkat UPSR baru heboh....kenapa tak bermula di Tahun Satu?

Sejauh mana kita menganggap murid itu anak-anak yang perlu disayangi dan didampangi,

Yang pasti...

Kematangan seorang pendidik adalah apabila dia mengenali muridnya.

Golf Group Sandakan