Pencapaian UPSR 2010 suatu pencapaian yang baik.

Terima kasih kepada semua warga SKPB yang telah bekerja keras dalam meningkatkan keputusan UPSR sekolah 2010.
Guru Besar : Banyak memberi sokongan dalam perjalanan setiap program yang dijalankan tanpa mengira kos.Sentiasa memberikan motivasi kepada guru-guru dan murid-murid.
Penyelaras UPUPSR :Program-program yang memberangsangkan kearah peningkatan UPSR,banyak idea dan perincian yang baik perlu dikekalkan untuk masa akan datang.
Guru Tahun 6 :Berusaha dengan gigih dalam membantu murid kearah kecemerlangan UPSR tanpa mengira masa dan keringat.

Diharap ini akan kekal dan akan berjaya pada tahun akan datang.

Budi Bahasa Budaya Kita

Akhir-akhir ini kedapatan di kalangan masyarakat kini nilai-nilai dan amalan hidup yang kasar, yang langgar bahasa, yang tidak mengendahkan tatasusila dan beradab.Antaranya:
-cara memberi khidmat,
-cara melayani pelanggan atau orang ramai oleh kakitangan kaunter hadapan di jabatan-jabatan
kerajaan yang tidak cekap,
-surat menyurat rakyat yang lambat dijawab
-Merosotnya amalan gotong royong dan kecenderungan menolong orang lain dalam kesusahan,
-Menghilangnya amalan hormatmenghormati kepada guru, ibu bapa, pemimpin,ketua dan orang
tua-tua;
-Trend atau kecenderungan suka mengambil hak orang lain;
-Tidak suka senyum bila bertegur-sapa atau semasa memberi khidmat;
-Tidak suka mengungkapkan terima kasih atau syukur bila beroleh sesuatu yang baik;
-Kurangnya mengungkapkan "Apa khabar" atau 'Assalamualaikum';
-Kurang mengendahkan budaya kebersihan (misalnya tandas kotor);
-Tidak menepati masa dan
-Kurang bertolak ansur di jalan raya.

Untuk itu kita perlu ingat-mengingatkan akan amalan murni yang sudah hilang itu.

Antara Rakan Sekerja
Sesama rakan sekerja perlulah menunjukkan budi pekerti yang mulia, bahasa yang halus serta bertimbang rasa akan sentiasa menarik rakan sekerja untuk bersama menjalankan kerja yang
bermutu, membina kesatuan organisasi dan juga mencapai matlamat dan misi organisasi. Antaranya :
-Saling hormat menghormati, setiakawan yang kukuh dan bersopan santun.
-Bantu membantu dan bermaufakat.
-Nasihat menasihati, memberi teguran dan tunjuk ajar.
-Mematuhi arahan, peraturan dan undang-undang.

Menang Bergaya..


Satu keputusan diluar jangka apabila pasukan bola IPD Beluran dibelasah teruk 5-1 oleh pasukan bola SKPB FC.Antara penjaring pasukan SKPB FC ialah 12thn strika sebanyak 2 gol minit 20&minit 69,maman (tiada dalam gambar) 1 gol minit 31,nardi 1 gol minit 50,dan marof(tiada dalam gambar)1 gol minit 35.Manakala 1 gol oleh Hafiz dari IPD beluran.Tapi itu pun dikasih can saja.
Kemenangan itu satu lagi kemunculan sang singa SKPB FC yang akan membaham mana-mana team bola di Daerah Beluran.Walau bagaimana pun pengurus pasukan agak bimbang juga kerana ada di antara pemain SKPB FC pandai menjaring di gol sendiri.Harap-harap di perlawanan akan datang ini tidak akan berlaku.Walaupun last defand tidak menjaring namun dapat mengawal pergerakan pihak lawan dengan kemas.

Bila Akan Siap



Pembangunan yang sudah hampir 3 tahun masih belum ada menunjukkan akan siap terbina.Kemungkinan ramai guru yang tidak sempat untuk merasai bangunan baru.Oleh itu,besarlah harapan SKPB agar pembangunan ini lancar dan siap sepenuhnya.Sekurang-kurangnya kantin siap pada tahun ini juga.

Jom Memancing Udang


Kepada kawan-kawan jom mari kita ramai-ramai memancing udang.Tiada bayaran,sediakan joran saja.Kompom dapat udang...umpan cacing.

Tempat memancing : Ladang Sawit di Kg Muanad 1

Selain dari udang,ikan baung dan utik pun ada juga.

Bagai Aur Dengan Tebing


Kenapa UPSR 2009 menurun?

Siapa yang bertanggungjawab keputusan UPSR 2009 jatuh?

Adakah guru-guru SKPB telah dibuai oleh mimpi yang indah sehingga UPSR 2009 jatuh?

Adakah beban kerja di SKPB terlalu berat?

Mungkinkah guru-guru SKPB ini bosan sehingga mod kerja hilang disebabkan pertukaran GB?

Tiada motivasi di SKPB?

Saling menyalahkan antara satu sama lain.....

aaaaaahhhhhh....GB tidak memberikan komitmen,

aaaaaahhhhhh....Guru-Guru Tahun Enam tidak pandai mengajar...malas,

aaaaaahhhhhh....peduli sama di orang pandai-pandailah mereka dengan anak mereka..

aaaaaahhhhhh....Ada c polan biarlah dia saja yang kerja...,

aaaaaahhhhhh....padan muka mereka...itulah kita tidak diberi peluang,

aaaaaahhhhhh....Yang penting kerja seperti biasa...

Persoalanya?

Sejauh mana diri kita dalam membantu murid meningkatkan kualiti pembelajaran mereka.

Sejauh mana sumbangan kita terhadap perlaksanaan peningkatan UPSR sekolah.

Kenapa mesti di peringkat UPSR baru heboh....kenapa tak bermula di Tahun Satu?

Sejauh mana kita menganggap murid itu anak-anak yang perlu disayangi dan didampangi,

Yang pasti...

Kematangan seorang pendidik adalah apabila dia mengenali muridnya.

Jangan Pandang Sebelah Mata


Kadang-kadang semua perkara yang baik itu ada yang tidak baik.Kadang-kadang semua perkara yang jahat itu memang jahat tetapi ada juga mendatangkan kebaikan.Biasalah sudah menjadi rutin keadaan manusia dewasa ini sentiasa mencari keburukan orang lain,ini sebenarnya satu cabaran terhadap apa saja perkara yang dilakukan.Kebaikannya pula kita kena berhati-hati dalam melakukan sesuatu jangan sampai menimbulkan masalah.
Kita ambil itu sebagai sesuatu yang positif dan menjadikannya sesuatu panduan untuk kita lebih berjaya.Kejayaan itu tidak semestinya mudah dikecapi tetapi banyak halangan dan cabaran yang perlu dihadapi.
Manusia lebih suka memandang keburukan dari kebaikan,jelas sekali perkara ini berlaku di mana-mana.Ada yang pantang melihat orang senang sedikit,ada orang yang tidak suka terhadap orang lain,ada orang sombong tapi bodoh,ada orang berpangkat tapi menjatuhkan orang bawahan,hilang nilai murni....hanyut dimana?
Akhirnya siapa yang jadi mangsa,kita yang terpengaruh dengan nafsu yang rakus dan hati yang busuk.Itulah, kita ada akal untuk berfikir mana yang baik dan mana yang salah.Kalau jatuh bangkitlah,kalau patah hati ada ubatnya,tiada masalah tidak boleh diselesaikan.Tetapi sejauh mana mR bloG boleh berkata-kata,akhirnya memakan diri sendiri.Ada sesetengah orang berfikir mR bloG tahu bercakap sahaja.
Persoalannya di SKPB ini adalah tanah tumpah darahku,kecemerlangan SKPB ini adalah tanggungjawabku,aku mendapat gaji di SKPB ini,anak-anakku,keluargaku,kawan-kawanku ada di SKPB? mR bloG yakin SKPB ini akan berjaya dan terus berjaya.

Gain knowledge



There is 3 points you need guard when you were studying something of a person.

1.Do not believe you cleverer of he. If you your sense is cleverer, you would not be study any. Furthermore, if you cleverer, why you were studying something of he?

2.Do not drop facial or shameful water he. At times those people teach slip of tongue or forgotten what want to be talked about. Do not laugh or look down to him. Remember, you were studying. When he ashamed or degraded, you no will be taught with open heart. You which will lost, not he.

3.Although what described by he you already know, you no need pretentious. The meaning, you no need busy try to show that you already know all ,benda the I already clever and no need story or as such.

Never Ending Story



Make Madam Jecolin colleague,

MR bloG 's once firsts very easy to work with u ,ada conflict and argument only normal matter such as proverb Chinese not love if has no hate.U of course a sensitive and strict.U good one teacher ,komitmen high to duty and really emphasize high work quality.


Crisis which occurred between we for mR bloG is one motivation and challenge which need confronted in every task.We of course two all along individual different view but two steady when cooperative partner.


mR bloG have never considered u as enemy ,u s my friend always.So i m very sorry if make u angry ,bad mode n maybe a little sad.mr bloG still think everthing s fine, no revenge.


Lastly..mR bloG hope u succes n happy stay the new place with u family.


Gong Xi Fa Cai 2010.


Impak Maksima



Rasional Tahap 2 di sidang pagi..
1.Aktiviti ko-kurikulum dapat dijalankan serentak dan penglibatan semua murid tahap 2.
2.Potensi murid dapat diasah untuk lebih kerap dan aktif.
3.Masa pulang dari sekolah serentak,terutama tahun 4 di sidang petang agak lewat dan menyebabkankan banyak kesukaran yang perlu dikawal dari aspek keselamatan.
3.1 Murid tahun 2 dan tahun 3 berkeliaran di jalan raya.
3.2 Murid bermain-main di kawasan yang merbahaya seperti di longkang dan kawasan pembangunan.
3.3 Perjalanan bot pulang ke Kg Sri Menanti agak bahaya kerana masa sudah gelap dan berombak.
3.4 Kadang-kadang cuaca gelap sebelah petang murid tahun 4 masih di dalam kelas.
4.Keadaan cuaca masa ini yang tidak menentu iaitu musim hujan pada waktu petang.

Ada banyak lagi risiko yang kita hadapi..so u all kena fikir sendiri demi untuk kepentingan murid bukan kepentingan diri sendiri.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010


Kita menyambut kedatangan tahun 2010 dengan penuh harapan, agar keadaan menjadi lebih baik buat diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

Tahun yang baru, secara simboliknya, menandakan, satu permulaan kepada yang lebih baik dan berusaha menyingkirkan segala kelemahan dan keburukan.

Sudah tentu semua ini tidak bermakna sekiranya kita hanya berpeluk tubuh dan gagal melakukan sesuatu.

Pendek kata, iltizam untuk melakukan perubahan sahaja tidaklah mencukupi, ianya memerlukan satu tindakan yang jitu berasaskan kefahaman terhadap Perubahan yang ingin dilaksanakan.

Golf Group Sandakan