Jangan Pandang Sebelah Mata


Kadang-kadang semua perkara yang baik itu ada yang tidak baik.Kadang-kadang semua perkara yang jahat itu memang jahat tetapi ada juga mendatangkan kebaikan.Biasalah sudah menjadi rutin keadaan manusia dewasa ini sentiasa mencari keburukan orang lain,ini sebenarnya satu cabaran terhadap apa saja perkara yang dilakukan.Kebaikannya pula kita kena berhati-hati dalam melakukan sesuatu jangan sampai menimbulkan masalah.
Kita ambil itu sebagai sesuatu yang positif dan menjadikannya sesuatu panduan untuk kita lebih berjaya.Kejayaan itu tidak semestinya mudah dikecapi tetapi banyak halangan dan cabaran yang perlu dihadapi.
Manusia lebih suka memandang keburukan dari kebaikan,jelas sekali perkara ini berlaku di mana-mana.Ada yang pantang melihat orang senang sedikit,ada orang yang tidak suka terhadap orang lain,ada orang sombong tapi bodoh,ada orang berpangkat tapi menjatuhkan orang bawahan,hilang nilai murni....hanyut dimana?
Akhirnya siapa yang jadi mangsa,kita yang terpengaruh dengan nafsu yang rakus dan hati yang busuk.Itulah, kita ada akal untuk berfikir mana yang baik dan mana yang salah.Kalau jatuh bangkitlah,kalau patah hati ada ubatnya,tiada masalah tidak boleh diselesaikan.Tetapi sejauh mana mR bloG boleh berkata-kata,akhirnya memakan diri sendiri.Ada sesetengah orang berfikir mR bloG tahu bercakap sahaja.
Persoalannya di SKPB ini adalah tanah tumpah darahku,kecemerlangan SKPB ini adalah tanggungjawabku,aku mendapat gaji di SKPB ini,anak-anakku,keluargaku,kawan-kawanku ada di SKPB? mR bloG yakin SKPB ini akan berjaya dan terus berjaya.

0 ulasan:

Golf Group Sandakan