1.Bahan cerita orang ramai kemungkinan kesilapan kontrak tiada bajet dan masalah pekerja tanpa permit.Siapa yang harus dipersalahkan...Pihak Kerajaan,Kementerian,JKR atau PPD.Perkara ini sepatutnya diambil tindakan sebelum banyak lagi isu-isu yang timbul.
2.Persekitaran sekolah tidak ceria kerana banyak benda-benda yang tak sedap dipandang dan mencemari keceriaan.Contohnya kawasan berlumpur,kayu-kayu,rumput yang panjang(semak),jentera,pondok-pondok,pekerja asing dan banyak lagi.Silap-silap ada sesuatu yang berlaku tetapi kita tak tahu..ada ularkah,bunyi bising,pergaduhankah,judikah dan lain-lain.Maklumlah seperti kata peribahasa sendiri mau fikirlah.
3.Banyak aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum tak dapat dijalankan.Mengganggu suasana P&P,mod guru pun hilang semasa mengajar kerana berlawan dengan bunyi bising.Kenapalah masa cuti ni di orang tak kerja berabis.
Harap-harap adalah pihak yang bertanggungjawab dalam menangani perkara ini.Perkara ini mesti di segerakan demi memertabatkan prestasi murid dalam akademik.