Budi Bahasa Budaya Kita

Akhir-akhir ini kedapatan di kalangan masyarakat kini nilai-nilai dan amalan hidup yang kasar, yang langgar bahasa, yang tidak mengendahkan tatasusila dan beradab.Antaranya:
-cara memberi khidmat,
-cara melayani pelanggan atau orang ramai oleh kakitangan kaunter hadapan di jabatan-jabatan
kerajaan yang tidak cekap,
-surat menyurat rakyat yang lambat dijawab
-Merosotnya amalan gotong royong dan kecenderungan menolong orang lain dalam kesusahan,
-Menghilangnya amalan hormatmenghormati kepada guru, ibu bapa, pemimpin,ketua dan orang
tua-tua;
-Trend atau kecenderungan suka mengambil hak orang lain;
-Tidak suka senyum bila bertegur-sapa atau semasa memberi khidmat;
-Tidak suka mengungkapkan terima kasih atau syukur bila beroleh sesuatu yang baik;
-Kurangnya mengungkapkan "Apa khabar" atau 'Assalamualaikum';
-Kurang mengendahkan budaya kebersihan (misalnya tandas kotor);
-Tidak menepati masa dan
-Kurang bertolak ansur di jalan raya.

Untuk itu kita perlu ingat-mengingatkan akan amalan murni yang sudah hilang itu.

Antara Rakan Sekerja
Sesama rakan sekerja perlulah menunjukkan budi pekerti yang mulia, bahasa yang halus serta bertimbang rasa akan sentiasa menarik rakan sekerja untuk bersama menjalankan kerja yang
bermutu, membina kesatuan organisasi dan juga mencapai matlamat dan misi organisasi. Antaranya :
-Saling hormat menghormati, setiakawan yang kukuh dan bersopan santun.
-Bantu membantu dan bermaufakat.
-Nasihat menasihati, memberi teguran dan tunjuk ajar.
-Mematuhi arahan, peraturan dan undang-undang.

Golf Group Sandakan