Aidilfitri Mr BloG di Keningau



Ahli keluarga semasa menyambut Aidilfitri di keningau.

Rumah Terbuka Mr BloG




Terima kasih semua warga SKPB yang sudi berkunjung ke rumah Mr Blog ya.Mana-mana yang tak sempat datang jangan lupa tahun depan masih ada lagi.

Salam 1 Malaysia

Minta maaf kepada pengunjung blog ini.Artikel tak dapat up date bah..sibuk dengan projek menambah rumah,aktiviti tahun 6, dan kursus muzik peringkat daerah.Lebih-lebih lagi line tak clear.
Kita berbalik kepada isu sekolah SKPB.
Beberapa cadangan untuk membangkitkan semula kegemilangan SKPB.
1.Pihak Pentadbir sekolah seharusnya menyusun semula tugas-tugas guru agar lebih bersistemetik dan adil kepada semua guru.Ini adalah kerana ada beberapa guru tak ada tugas langsung dan tidak ada peluang untuk menonjolkan diri.Mereka seperti abu di atas tunggul sahaja.Ada juga guru yang terbeban dengan tugas menyebabkan banyak tekanan seterusnya kerja yang lebih penting terabai begitu sahaja.sendiri mahu faham.Ibarat kata pepatah yang dikejar tak dapat yang dikandung berguguran.
2.Pihak Pentadbir perlu lebih tegas dalam setiap arahan,tulus dan ikhlas memberi sesuatu dan sentiasa prihatin kepada intipati diri seorang guru.Sentiasa memberi peluang serta bersikap positif terhadap setiap perlakuan guru.Seperti kata pepatah sedangkan lidah tergigit inikan pula suami isteri.Buang yang keruh ambil yang jernih bukannya mengeruhkan lagi keadaan sehingga melebal macam-macam.
3.Pihak Pentadbir perlu kerap mengadakan mesyuarat,majlis permuafakatan dan sebagainya untuk mengembalikan ikatan kekeluargaan di kalangan guru.
bersambung.....

Golf Group Sandakan