Apa Kekuatan Yang Dimiliki SKPB?

Jika dilihat dari berbagai aspek Sekolah Kebangsaan Pekan Beluran banyak kekuatan yang boleh dijadikan sumber kejayaan dan kecemerlangan di peringkat daerah.Berikut merupakan perkara-perkara yang harus difikirkan dan kemungkinan menjadi salah satu kekuatan tersebut.
1.SKPB merupakan sebuah sekolah gred A,mempunyai ramai murid yang boleh diketengahkan menjadi murid cemerlang dan berjaya sama ada dalam bidang kurikulum atau ko kurikulum.
2.Bilangan guru yang ramai serta berpotensi dan terpilih dalam mendidik murid.
3.Berhampiran dengan PPD di mana boleh membantu dan prihatin pada perkembangan sekolah.
4.Menjadi tumpuan para pelawat dari mana-mana jabatan seperti KPM,JPN,Jemaah Nazir dan sekolah-sekolah lain yang boleh menyumbangkan idea-idea,kritikan,pemantauan dan boleh menjadikan SKPB sentiasa bersiap sedia dalam tugas seharian.
5.Keselesaan untuk guru-guru dalam menyambung pengajian jarak jauh iaitu dekat dan kemudahan cukup.
Lain-lain aku fikir dulu sebab aku punya loan sudah lulus...tiada idea...

Paparan Isu Hangat

Kini SKPB kemungkinan mengalami banyak isu yang menjadi persoalan-persoalan di antaranya?

1. Mengapa ramai guru yang ingin berpindah sedangkan kebanyakkan guru yang ingin berpindah merupakan guru-guru yang berpotensi?
2. Semakin ramai guru yang hilang mod untuk berkerja terutama guru lelaki?
3. Kenapa guru suka menolak tugas lebih-lebih lagi guru perempuan yang baru posting?
4. Mengapa kehadiran guru kurang semasa aktiviti kekeluargaan diadakan?
5. Ada segelintir guru suka berkira dah?

Ini merupakan isu-isu yang memerlukan jawapan anda....?

Selamat Kembali Bertugas


Salam 1 Malaysia dan salam Aidilfitri kepada semua warga SKPB.Harapan kepada semua agar membawa satu era dan azam baru selepas dari bercuti raya ini.Mana-mana yang nak pindah itu sabar-sabar dulu,kalau boleh tinggalkanlah sekolah semasa sekolah itu mencapai kecemerlangan bukan keruntuhan dan perpecahan.
Buat tatapan mana-mana pemblog,jangan terkejut kerana blog ini memang bersifat macam-macam itu terpulang dalam penilaian diri masing-masing.Apa yang penting jangan sesuatu kritikan itu menyebabkankan diri kita terus lemah dalam mencapai kemajuan sains dan komunikasi global.Kalau boleh jadikan itu sesuatu yang mendorong kita menjadi insan yang berjaya.
Sebagai individu yang prihatin dan bertanggungjawab di hari yang mulia ini menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas segala yang terkasar bahasa,tersentuh perasaan,tersakit jiwa sama ada secara tidak sengaja atau sengaja.Maklumlah kita insan biasa tidak lepas dan selalu terlepas melakukan kesilapan.
Harapan agar kita semua sentiasa terus bersembang-sembang dalam BloG ini.BloG ini sentiasa menerima apa saja kritikan,pandangan,nasihat,benderakah,umpatankah dan sebagainya.
Mulakan satu era baru....tq

SaLaM AiDilFitRi


Salam 1 Malaysia,
Buat semua teman blog di hari yang mulia ini Mr BloG mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.Segala yang terlanjur kata,terkasar bahasa,tersalah tulis harap dimaafkan.Semoga di Aidilfitri ini ikatan silutarrahim bertambah erat.Selalu-selalulah bersama saya di BLOG ini.

Selamat Bercuti


Salam 1 Malaysia kepada semua warga pendidik diucapkan selamat bercuti.Mana yang memandu itu pandu cermat berhati-hati di jalan raya.Kalau masa berbuka di jalan, berhenti dulu baru buka puasa.Utamakan keselamatan anda.Selamat jalan,selamat balik dan selamat kembali.
Kepada mr download jangan dulu pindah bah..sabar-sabar dulu mana tahu dapat......? siapa tahu,kan..bosko.Mudah-mudahan,lagi pun tiada kawan dibelasah bah main badminton dan merempit.U punya rawai bila mahu pakai..marah sudah c jon dia bilang bagus buat ikat c kambing ja.
Oklah selamat bercuti kepada semua golo di SKPB.

Di Mana Silapnya?

Selama 2 tahun di sekolah seorang pun guru lelaki tidak mendapat keistimewaan calon cemerlang.Markah prestasi setakat cukup-cukup sahaja.Bukan tidak kerja,kerja juga mengajar seperti biasa,penglibatan aktiviti sekolah tak payah cakaplah serta buku rekod mengajar pun setiap minggu dihantar juga.Memang lelaki saja yang buat kalau tak ada guru lelaki program tak jalan.Lebih-lebih lagi guru lelaki semakin pupus balik-balik muka sama saja.
Tak tahu apa masalahnya sehingga malang sedemikian rupa.Kalau tak dapat cemerlang pun tapi biarlah markah prestasi itu melebihi 85 % ke atas.Sekurang-kurangnya berpeluang atau layak memasuki PJJ anjuran kementerian seperti KDP,PGSR dan lain-lain.Ini tidak sudak jatuh ditimpa tangga dan dibirak tahi lagi.Ada kawan itu tak buat apa-apa pun dapat markah 90 %,kerja goyang kaki saja dan duduk-duduk di meja saja.

Runggutan Seorang Kawan

Baru-baru ini aku telah berjumpa dengan seorang kawan di bandar.Beliau ini merupakan seorang kawan yang memang rajin dan berkomitmen tinggi kepada sekolah.Semua orang tahu termasuk aku sendiri.Sama-sama mengikuti PJJ OUM dalam jurusan Sain Sukan.Setelah tidak mendapat surat kebenaran dari kementerian maka kami pun menangguh kursus.Kos beliau hampir RM11 ribu ringgit.
Beliau juga ada memohon KDP 14 minggu tapi tak berjaya.Setelah menghubungi pihak atasan punca tak berjaya beliau amat bersedih kerana alasan yang diberikan olah pihak tertentu tak munasabah langsung sebab markah beliau tidak mencapai 85 % keatas.Sedangkan markah yang telah dipilih semuanya 90% ke atas iaitu guru-guru yang mengajar di pedalaman.
Persoalannya dari hasil kerja mereka tak lah seberapa jika dibandingkan dengan guru-guru di luar bandar.Ada guru yang dipilih itu pun tak pernah buat buku rekod sehingga bertahun-tahun,tak masuk sekolah sampai berbulan-bulan.Mengajar tak mengajar mereka ikut suka hati ja di orang mengajar.Itu pun dapat markah tinggi dari guru besar mereka.Beliau betul-betul tidak berpuas hati tentang ini.Malang betul guru yang mengajar di luar bandar ini.Sudahlah hari-hari dipantau,bebanan kerja yang teruk,masa pun padat tapi tidak berpeluang mengikuti PJJ anjuran kementerian.
Adakah ini adil kata beliau.Aku setia mendengar luahan perasan beliau.to be continue

Woh murah ja


Price: RM 125 000 Reg. year: 2007
Mileage: 30 000 - 34 999 Make: Toyota
Model: Others Transmission: Auto
Engine Capacity: 3000 cc
Accessories: Solar Film, CD Player, Airbag driver, Airbag passenger, DVD Player, Navigation system, ABS Breaks, Sport rims, Alarm, Central lock
Local AP
FUEL: Petrol
CC: 3.0
AIRBAGS: SRS
TRANSMISSION: AUTO
FUEL SYSTEM:FUEL INJECTION
- FULL FABULOUS BODYKIT
- XENON LIGHT
- ABS SYSTEM
-- 19" SPORTRIM- REVERSE SENSOR
- REVERSE CAMERA
- 7 SEATER
- CAMERA & MONITOR
- KENWOOD DVD PLAYER
*Careful Owner
*100% Acc free
*Service on time
*Tip top condition
*2 DIGI NUMBER and Clean interoir
*( full spek )
*PRICE RM 125K NETT
*LOAN 128K

Selamat Berpuasa



Selamat Menyambut bulan ramadhan dan selamat berpuasa.Kepada pemain-pemain bola walaupun bulan puasa diharap dapat turun juga di padang beraksi.Temberang betul c ling sama c peha putih mantang-mantang tidak puasa dia paling taiko.Wah c peha putih dah beli kasut baru harga RM750 dapat less 50%...oi nah bukan calang-calang dia ni.Habis team polis kena belasah 4-1.Good luck team SKPB.

Semoga Berjaya Anak-Anak DidikKu





Kepada semua pelajar UPSR 2009 selamat menempuh peperiksaan upsr.Jadikan peperiksaan ini suatu azam yang tinggi untuk mencapai matlamat hidup.Harapan kami warga pendidik agar SKPB u all berjaya dengan cemerlang.Kejayaan anda adalah kejayan kita semua.Kami yakin anda boleh.

Golf Group Sandakan