Dua Orang Kaya Dengan Pemandunya

Suatu hari ada dua orang kaya sedang duduk di cafe, sambil menggosip pemandunya.

Orang kaya I : " Hei, kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie."

Terus dia panggil pemandunya si King Kong " King Kong, ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez."

King Kong pun menjawab dengan sopan,
" Yes Sir !! Right A way !!" Dengan pantas terus ke kedai kereta.

Orang kaya I itu beritahu ke temannya,
" Nampak? Apa aku cakap....dia buat betul-betul"

Orang kaya II : " Haha....itu belum apa-apa, kau nak tengok, pemandu aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau." Terus orang kaya II memanggil pemandunya Rambo. " Rambo, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak ?"

Rambo: " Yes Sir !! Right A Way !!" dan dia terus cabut ke rumah tuannya.

Orang kaya II beritahu kepada temannya tadi, " Nampak apa yang aku cakapkan ? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa.

Tdak berapa lama kemudian, kedua pemandu itu bertemu di jalan,
King Kong : " Ehh you know, my boss is very stupid laaaahhh. Dia kasih aku 10 ringgit dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta, mana boleh ?? Kau kan tahu sekarang kan hari minggu. Semua kedai kereta tutup!!"

Rambo : " Kau fikir boss kau stupid ha ? boss aku lagi stupid!! Masa dia suruh aku balik rumah lihat, apakah dia ada di rumah.....Padahal dia kan boleh check sendiri telefon je la ke rumahnya!!"

Mari Ketawa

Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Tukang gali kubur,
Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Tahi hidung,
Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...
Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'
Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'
Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati...'?
Usus
Binatang ape power Karate?
Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.





Dracula Muncul

"Pada satu hari, Dracula dibunuh dan dia telah dibawa
berjumpa ahli sihir.

Ahli sihir enggan membenarkan Drakula masuk ke dalam
gengnya kerana dosa2 nya membunuh dan menghisap darah manusia.
Saya akan beri kamu satu lagi peluang untuk menebus
semua dosa yg telah kamu lakukan" kata ahli sihir. "Saya akan hantar
kamu balik ke bumi, TETAPI kamu tidak akan berupa manusia. Kamu hanya akan
dijelma ke "benda" bernyawa. Jadi apa yang kamu pilih..?", tanya ahli
sihir.

Okay.. saya nak menjadi BENDA BERNYAWA YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP
DARAH,heh...heh...heh...". Ahli sihir pun bersetuju dan menukar
drakula menjadi KELAWAR PONTIANAK. Ke bumi dracula pergi, terbang ke
sana sini sehingga suatu hari dia dibunuh oleh seorang pekebun.

Sekali lagi dia dibawa menghadap ahli sihir. "Saya akan memberi satu
lagi peluang" kata ahli sihir. "Saya akan hantarkan kamu balik ke
bumi, tetapi bukan sebagai manusia atau kelawar. Jadi apa pilihan
kamu?". Dengan sipu2 Dracula ini menjawab "Saya nak jadi jugak BENDA
HIDUP YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH!". Ahli sihir fikir sekejap dan kata
"Kalau itu yg awak mahu" dan menukarkan Dracula menjadi NYAMUK.

Ke bumi Dracula pergi, terbang ke sana sini menghisap darah haiwan
sehingga suatu hari SPLAT! dia dibunuh oleh mangsanya. Dracula terasa
bodoh sangat bila berhadapan ngan ahli sihir buat kali ke-3. "Saya
akan memberi awak peluang terakhir untuk bertaubat" kata ahli sihir
"Tetapi KALI INI kamu hanya dapat menjadi BENDA YANG TIDAK BERNYAWA.
So,apa dia kali ini?" Tanya ahli sihir.

Dracula yg masih degil ini menjawab, "ok, ok.. tolong tukarkan saya
kepada BENDA TAK BERNYAWA, BERSAYAP DAN HISAP DARAH...
heh.. heh.. heh..". "No problem" kata ahli sihir dan terus menukar
Dracula menjadi Tuala Wanita WING MAXI PAD. heheheheheheeeee...

Selamat Bertugas Di Sekolah Baru


Buat abag jamal kami di skpb mengucapkan selamat bertugas di sekolah yang baru iaitu sk tongod,telupid.Harapan kami di sini agar abang jamal tidak melupakan kami di sini.Kalau ada aktiviti memancing ajak-ajaklah,tak memancing di laut di darat pun ok juga.
Kalau ada kenalan cewek-cewek di sana kasih canlah juga kami,jantan inda perlulah tapi bawa memancing boleh dibawa, kasih jadi jangkarman.Jersi jangan lupa kasih balik sama mr blog.Dekat itu rumah mu di taman arif ja.
All the best n good luck,have something wrong we apologise to u.ok

45 Minit

Kenapa masa perlawanan bolasepak adalah 45 minit, dan bukannya 30minit ataupun 1 jam (utk separuh masa)?

Saintis sukan dan pemain-pemain veteran juga tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Di dalam kemusykilan tersebut, ada seseorang yang memberikan jawapan yang boleh diterima.

Dia menjawab….”Sebab mengapa bolasepak dimainkan dalam 45 minit ialah…

Terdapat 2 pasukan didalam setiap perlawanan dan ada 11 orang pemain disetiap pasukan. Setiap pemain mempunyai “2 biji bola” dan membawanya setiap masa semasa bermain didalam padang.

Jadi, jumlah kesemua bola untuk kedua-dua pasukan ialah 44 biji bola. Terdapat sebiji bolasepak yang digunakan didalam perlawanan. Oleh itu, jumlah keseluruhan ialah 45 minit.

Persoalan terjawab !!!

Tetapi, kadang-kadang ada masa tambahan selama 2 minit…itu adalah “bola referee”!

Sakit Jiwa

Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor : “??$$??”

Mengamuk Guru-Guru Sidang Petang

Makluman kepada guru-guru lelaki sidang pagi,perlawanan petang tadi dimenangi oleh guru-guru lelaki sidang petang.Ini memandangkan kehadiran cukup dan semangat yang kukuh lagi tampan.Gagal turun petang tadi iaitu c abg jamal,c toyolbiru,c azmi,c al ustaz marhadi,dan c lexter.Mereka ini esok kena membelanja di kantin.
Tahniah kepada mr blog,naldo dan mas kerana berani berjuang.Tapi menang juga kita tadi membelasah di orang 4-2.C ling bah itu beraksi pertahanan paling macho dan unggul.Dua orang dijaganya c endrew dn c sapar.Nah inda d kasih can d orang menjaring.Begitu juga c mas 3 org digetnya c ego,c maman,dn c aramai t.

Raja Laut Asia Tenggara



Merupakan taiko yang terkenal di Terusan sugut.Bukan om tapi dah 15 tahun di pulau warna gelap sikit.Tu yang pakai baju biru.Semua lubuk memang pakar termasuk di sempadan filipina.Tidak rugi menempah beliau kompom peti ikan penuh.Ikan tabung,kerapu,merah,putih,hitam,talang,sanangin,keratang,yu,ikan terbang,dogong,duyung ,bilis,sardin,tanya saja beliau mana lubuknya.Tolak-tolak saja buaya sebab bilang beliau jangan cari nahas.Beliau sejak kebelakang ini sedang mengkaji nak menarik ikan paus di sugut memandangkan ramai raja joran potong jalan di sana.Beliau paling arif tentang teknik memasang joran dan mata kail agar janggut ikan pun tak terlepas kompom dapat.Oh ya kalau ke sugut pesan beliau bawa minyak banyak-banyak dan buah tangan,maklumlah di pulau tak ada supermarket.

Jelajah Sandakan




Lawatan sambil belajar ke Tugu Peringatan Perang Sandakan,Pangkalan Tentera Laut Sandakan,Lapangan Terbang Sandakan,Dan Sapilok.Lawatan ini disertai seramai 158 orang murid tahun 6.

Raja Joran





Kenangan memancing di Terusan Sugut,Pintasan dan Pulau 3.Bersama abg Jamal,mathew dan 12 tahun strike.Pendapatan memang lumayan.Di pandu oleh seorang taiko terusan sugut mr Re the om pulau.Wah pakar lubuk ikan di asia tenggara.

Bukan Jaringan Jadi Kemenangan




Keputusan seri 2-2 menentang Pasukan PIB sudah menampakkan satu komitmen yang memberangsangkan antara sekolah dan PIB.Faktor usia bukan halangan untuk mempamerkan kelincahan para pemain tetapi semangat kesukanan yang ada telah menjayakan perlawanan persahabatan petang tadi.Di bawah pimpinan YDP Tuan Hj Amat Hj Saruna,beliau telah memberi saingan hebat walaupun beliau tidak dapat menjaring semasa tendangan penalti.Akhirnya beliau terpaksa keluar padang setelah kehabisan tenaga,boleh dijankgakan beliau hanya beraksi 9 minit sahaja.
Menghairankan padang cantik kenapalah c peha putih,nardi naldo dan c 12 tahun strike berebut d kawasan sayap kiri.Hoi kawan besar bah itu padang.Walaupun begitu semua pemain telah menunjukkan aksi yang cemerlang.Tapi jaringan mr blog juga yang hebat bah.keh...keh...

Kemarau Panjang Musnah

Hari ini merupakan detik bersejarah kepada seorang pemain bola sepak Skpb Fc.Setelah sekian lama menanti, hari ini mr ling the gimbo-gimbo membolosi gawang pintu gol dengan tendangan kaki kanan yang cukup power( magic power).Tahniah ling u my hero today.U dah ada 1 jaringan semasa.Jaringan tersebut merupakan detik permulaan atau mungkin terakhir mangkali.Tak apa ling u setakat ini label teratas dari pemain yang belum menjaring gol.
Saksikanlah ling bersama tunang,kereta toyota silika,dan beberapa koleksi serta hasil lukisan kreatif di dinding bilik beliau.Selain bermain bola ling juga sangat suka melukis.

Hari Belum Kiamat


Dua hari ni aku rasa macam pilu sahaja.Ada sesuatu yang tidak kena pada diriku.Lebih-lebih lagi apabila mengalami kecederaan di bahagian paha.Tak dapat beraksi di padang bola.Nak tengok padang pun rasa tidak bermod.
Tak apa mudah-mudahan kecederaan ini cepat sembuh dapat bermain menentang SMK Beluran Bestari nanti.Tak tahu nak tulis apa dalam blog ini.Aku kuatkan semangat dan merapu ja mangkali.Tak apa antam ja asal enjoy atau syok sendiri.
Rasa-rasa esok suatu yang menjanjikan semangat baru pada diriku.Memandangkan dunia belum kiamat cuma serangan H1N1 ja...esok masa yang penting untuk membangkitkan semangat yang hilang.
Saat-saat dijatuhkan oleh 2 orang pemain musuh masih terbayang difikiranku.Malam jumaat ni akan ku tangas paha ini agar berazimat.

Salam 1 Malaysia

Kepada teman-teman blog,mohon kerjasama agar dapat memberikan gambar-gambar yang menarik(sumandakkah,kejadian aneh,dan sebagainya ),pendapatkah atau cadangan untuk dikongsi bersama.Setiap karya akan mendapat ganjaran yang lumayan boleh bincang.
Sila emailkan melalui, ss8779l@yahoo.com.
Maklumkan melalui sembang-sembang ya...atau sms 019-8425881,mr blog.
Semoga segala yang dikongsi akan memeriakan lagi blog ini.

Kecewa Lagi

Saat yang dinanti-nantikan oleh SMK 2 Beluran tiba apabila mereka mengajak pasukan kami untuk mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak.Mereka bermain dengan cukup semangat dan latihan yang mantap.Sebulan sebelum perlawanan mereka kononnya sudah mengadakan latihan intensif bermula jam 2.00 petang.Ini terbukti apabila team mereka telah mempamerkan aksi one toach(samba) pada perlawanan petang tadi.Penjaga gol import india mari suresh susah dibolosi walaupun percubaan dari jarak dekat.Memang sempurna sekali setiap posisi memainkan peranan yang mantap dan mantop.Ditambah lagi oleh seorang pemain import iaitu james the kid.Cukup ganas diorang ini.
Rimbatan bertubi-tubi ke arah penjaga gol kami dapat ditangkis dengan cukup sempurna oleh penjaga gol iaitu nazri the fat man.Dengan perut saja bola tetap tak dapat masuk ke pintu gol.Namun 2 kali tersungkur gara-gara perut sangat berat...itupun bilangnya kasih can diorang.Tapi aku tengok mukanya macam tercunggap-cunggap.Itulah kehebatan penjaga gol kami.
Perlawanan kali ini diketuai oleh plying dayak dan beberapa pemain baru seperti andrew the manager,jamri,dan hafni the komputer boy.Woh hampir-hampir superboy..c hafni ni yang kasih slik aku punya peha apabila di saat-saat akhir telah dibeli dengan harga sebotol air mineral ja sudah bepaling tadah.jaga u hafni ...tak apa lain kali aku bawa air mineral banyak-banyak.
Walaupun SMK 2 itu hebat tapi permainan ini macam dikawal 100% oleh pasukan kami.Segala rentak,melodi dan irama memang dari pihak kami saja.Kalau kami mahu menang maka menanglah itu.
Semua gol tak sengaja bah itu.Gol pertama oleh 12 tahun strike itu pun dia main kiri ja.Gol ke-2 oleh mr jam dengan kepala itu pun dia tanduk bola sambil tutup mata sebab matanya termasuk serangga.Gol ke-3 oleh mr jon the tonic jaringan dari jauh,itu pun bilangnya dia nak passing tapi masuklah pulak.Itu belum lagi kami turunkan pemain hebat sapar the bellyboy yang merajuk tidak diturunkan beraksi.Sabar ya sapar the bellyboy lain kali u main full time.
Kemenang 3-2 kali ini telah mengecawakan SMK 2 buat kali kedua apabila pertama kalinya kalah dalam perlawanan badminton.Oklah buat pengurus SMK 2 mr yus latihan lagi kalau bole mulai sekarang dan masa ini.

Hotel De Choice Tawau




Rakan-rakan Kursus Muzik di Tawau.

SKPB membelasah 2-0





Memang hebat perlawanan menentang pasukan bola dari SK Balaban.Habis u jasri lain kali u berlatih sungguh-sungguh baru jumpa team kami.Menang bergaya di tempat sendiri wah...walaupun mendapat saingan sengit masa perlawanan pertama namun semangat yang kental dari tuan rumah abis membelasah 2-0.
Inilah kemenangan yang pertama perlawanan persahabatan di Daerah Beluran.Diharap para pemain dapat membuat post-mortem kemenangan tadi jangan main sipi-sipi ja.nasib baik pemain kaki buruk mr playing dayak turun dengan aksi yang cemerlang.Begitu juga pemain harapan ah ling.azmi,sapar dan 12 tahun strike yang sudah keluar masuk balik banyak membantu kemenangan tadi.
Hai peha putih u ada dapat bola kah tadi.Tak apa yang penting kita menang.Setakat ni top penjaring masih ...........aku lagi ya mr blog bah.

arris_brutal


Seorang yang yang memang brutal bertemu di Tawau.Banyak perubahan beliau badan makin tegap dan hampir menggalahkan Arnold s.....Beliau merupakan best friend yang mantap ada buah tangan lagi d berinya.Tq bosko u betul-betul warga tawau.Tak apa u datang beluran aku bagi buah tangan juga.Macam manalah kawan kita c lanun 2..diam-diam ja hai sibukkah d pejabat.Itulah yang u pg masuk pejabat kenapa pulak...tak apalah u memang ada rupa jadi pegawai.Hai biras takkan menghilang pula macam c haslan .E 2 kakak sabaria tukang kasut kirim salam bah.

Magic Power


Bersemangat betul guru-guru muzik d sabah ini.Tetap unggul dan tabah.Inilah semangat yang ada d dalam diri seorang guru muzik.Aku yang ketakutan al-maklumlah dari aspek kemahiran baru tahap mana pun.Walaupun begitu aku tetap bangga kerana selama ini usaha meneruskan p & p muzik di peringkat sekolah berterusan.Ilmu di sampaikan kepada murid tetap mencapai kualiti yang memuaskan.
Harapan kepada semua guru yang berkursus agar dapat mencurahkan ilmu yang dipelajari ini kepada murid-murid tanpa gagal dalam kadar segera.

Persembahan paling hambar..

Hari ini aku tak dapat beraksi dengan baik disebabkan kecederaan peha kanan.Tanda-tanda mahu pit bah ini.Tak apa aku rehat dulu untuk minggu depan ini.Di harap pemain-pemain teruskan berlatih kerana minggu depan ini kita dijangkakan akan menentang smk 2.
Kita ada punggutan sebanyak RM10 seorang untuk membeli baju bip.Sila kumpul wang anda kepada strike 12 tahun tu.Kita kasih mantap pasukan kita.
Merdeka.....biar sekolah-sekolah yang berhampiran dengan sikol kita ini jelus.

Golf Group Sandakan